Day 4 : Sesi Ujian pra musim di Litar Jerez

Fernando Alonso meletakkan jentera F2012 Ferrari sebagai jentera terpantas pada hari ke-4 dan terakhir sesi ujian pra musim di Litar Jerez. Catatan masa 1:18.877 yang dilakukan Alonso sedikit sebanyak melegakan Ferrari terhadap kebimbangan prestasi jentera F2012 pada 3 hari sebelumnya. Jean-Eric Vergne menamatkan sesi hari ke-4 ditempat ke-2 dengan memandu jentera STR7 Toro Rosso dan Sebastian Vettel ditempat ke-3.
Beberapa red flag dilihat dikibarkan untuk jangka masa singkat dan salah satunya berpunca dari jentera C31 yang dipandu Kobayashi mengalami masalah hydraulic dan terpaksa berhenti ditengah litar dan sesi disambung semula. Kobayashi bagaimanapun berpeluang kembali memandu selepas jentera berkenaan berjaya diperbaiki sebelum sesi tamat. Senna muncul pelumba yang paling banyak melakukan laps iaitu sebanyak 124 diikuti Trulli yang melakukan sebanyak 117 laps bersama pasukan Caterham.
Sesi ujian pra-musim seterusnya akan bermula pada 21hb February dan bertempat di Litar Catalunya di Barcelona.


