Day 3 : Sesi Ujian pra musim di Litar Jerez

mercedes gp

Nico Rosberg meletakkan jentera 2011 pasukan Mercedes sebagai jentera terpantas pada sesi ujian pra musim di Litar Jerez dengan melakukan catatan masa 1:17.613. Romain Grosjean dari pasukan Lotus pula melakukan catatan masa ke-2 terpantas 1:18.419 dengan memandu jentera E20 dan sekaligus merupakan pelumba terpantas yang menggunakan jentera 2012.

3 red flag mewarnai sesi hari ketiga ini. Sesi hari ke-3 ini dihentikan sementara buat kali pertama apabila pelumba Force India; Jules Bianchi gagal mengawal jentera VJM05 pada sesi sebelah pagi lalu terbabas ke perangkap kelikir diselekoh Sito Pons; jentera VJM05 terbabit gagal diperbaiki dan ini menyebabkan Nico Hulkenberg gagal melaksanakan tugas beliau pada sebelah petang. Van Der Garde yang memandu jentera CT01 Caterham pula mengakibatkan red flag ke-2 apabila beliau juga terbabas ke perangkap kelikir; jentera CT01 Caterham berkenaan tidak mengalami kerosakan serius dan ini membolehkan Van Der Garde meneruskan sesi ujian beliau dan red flag terakhir pula berpunca dari pelumba Lotus; Romain Grosjean yang memberhentikan jentera beliau ditengah litar akibar masalah teknikal pada penghujung sesi sebelah petang.

Hanya 9 dari 10 pelumba yang mengambil bahagian pada sesi hari ini berjaya melakukan catatan masa kecuali Jules Bianchi. Bruno Senna melakukan sejumlah 125 laps dan itu adalah yang terbanyak bagi seseorang pelumba pada hari ke-3 ini.

Photo Copyrights & Credits
© Sutton Images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>