Day 1 : Sesi Ujian pra musim di Litar Jerez

e20

Hari pertama sesi ujian pra musim Formula 1 telah berlangsung di Litar Jerez dan Kimi Raikkonen telah muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 1:19.670 dan berjaya melengkapkan 50 pusingan pada keseluruhan sesi hari pertama ini. Seramai 11 pelumba mengambil bahagian pada hari pertama ini; 2 pasukan menggunakan jentera musim 2011 iaitu Mercedes dan HRT manakala pasukan Marrusia tidak mengambil bahagian untuk keseluruhan 4 hari sesi ujian di Litar Jerez ini yang akan berakhir pada hari Jumaat ini.

Catatan masa di sepanjang sesi ujian ini tidak membawa apa-apa makna kerana kesemua pasukan masih melakukan ujian demi ujian dan mencuba pelbagai setup untuk jentera baru mereka. Gambaran prestasi sebenar kesemua pasukan berkemungkinan hanya akan dapat dilihat pada sesi latihan bebas 1 di GP Australia kelak.

e20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>