GP Sepanyol : Pole Position kini milik Maldonado selepas dilucutkan dari Hamilton

Pastor Maldonado | © Sutton Images

Steward perlumbaan GP Sepanyol telah memutuskan untuk membatalkan catatan masa yang dilakukan oleh Lewis Hamilton pada sesi kelayakan masa dan sekaligus melucutkan petak pole position untuk perlumbaan esok. Pelumba Williams, Pastor Maldonado kini bakal bermula di pole position dan ini adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat pemilik pasukan berkenaan, Sir Frank Williams yang menyambut hari lahir ke-70 di Litar Catalunya ini.

Lewis Hamilton pula akan bermula di petak paling belakang grind di belakang Narain Karthikayen yang mendapat kebenaran untuk berlumba walaupun gagal melakukan catatan masa di bawah had peraturan 107%.

Dalam hujah pembelaan kepada Stewards perlumbaan, pasukan McLaren menegaskan mereka mengalami “masalah teknikal” dan mengarahkan Hamilton berhenti di litar selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan masa selepas mendapati jentera yang di pandu Hamilton tidak mempunyai jumlah minyak yang mencukupi untuk di pandu semula ke garaj pit dan juga tidak mempunyai jumlah minyak mencukupi iaitu 1 liter untuk tujuan pemeriksaan FIA; Stewards perlumbaan bagaimanapun menolak alasan “Force majure” yang diberikan pasukan McLaren dan menegaskan jumlah minyak pada jentera lumba adalah di bawah tanggungjawap kesemua pasukan.

The stewards received a report from the Race Director which stated that during post-qualifying scrutineering a sample of fuel was required from car 4, however, the car failed to return to the pits under its own power as required under Article 6.6.2 of the FIA Formula One Technical Regulations

The Stewards heard from the team representative Mr Sam Michael who stated that the car stopped on the circuit for reasons of force majeure. A team member had put an insufficient quantity of fuel into the car thereby resulting in the car having to be stopped on the circuit in order to be able to provide the required amount for sampling purposes.

As the amount of fuel put into the car is under the complete control of the Competitor the Stewards cannot accept this as a case of force majeure.

The Stewards determine that this is a breach of Article 6.6.2 of the FIA Formula One Technical Regulations and the Competitor is accordingly excluded from the results of the Qualifying Session. The Competitor is however allowed to start the race from the back of the grid – Spanish GP Race Stewards press release statement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>