[Gambar] Perkembangan pembinaan Circuit of the America (COTA)

COTA May 2012

Pihak pengurusan Circuit of the America semalam telah memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan peerkembangan terkini pembinaan litar Formula 1 yang bakal menganjurkan perlumbaan pertama mereka pada 16hb hingga 18hb November depan. Jurucakap COTA, Ali Putnam berkata, walaupun hujan lebat sejak kebelakangan ini melanda tapak pembinaan kawasan litar; kerja-kerja pembinaan bahagian dalaman bangunan utama tetap berjalan mengikut jadual.

Berikut ialah beberapa gambar yang diedarkan pengurusan COTA…

Read the rest of this entry »

Peter Sauber memindahkan 1/3 saham Sauber Group kepada Monisha Kaltenbon

Peter Sauber & Monisha Kaltenborn | © Sauber Motorsport AG

Peter Sauber hari ini memindah 1/3 saham Sauber Group kepada CEO kumpulan terbabit, Monisha Kaltenbon. Peter Sauber menegaskan Monisha telah banyak memainkan peranan penting ketika selepas BMW menarik diri dari pasukan terbabit yang menyaksikan pasukan Sauber hampir terkubur. Peter Sauber juga berkata pemberian 1/3 saham Sauber Group kepada Monisha juga sebagai langkah memastikan kesinambungan  dan kestabilan Sauber Group di masa depan. Peter Sauber bagaimanapun masih lagi memegang baki 2/3 saham Sauber Group.

When BMW pulled out of Formula One in 2009, Monisha Kaltenborn was instrumental in the team’s survival and since then she has been doing outstanding work in her capacity as CEO. Transferring one third of the stake to her represents an important step for me in providing continuity. My desire is to ensure that the company continues to be led as I would want over the long term. Monisha Kaltenborn and my son Alex, who joined the company as Marketing Director in 2010 and has since also been a member of the Board of Management, both embrace this aim. It means we can offer our employees a positive outlook for the future – Peter Sauber

For me this step is a mark of the greatest possible trust, which I will do everything in my power to justify – Monisha Katenbon

Ramai pemerhati dan pengkritik Formula 1 meramalkan Monisha Kaltenbon akan menjadi Wanita pertama yang bakal dilantik sebagai Team Principal sebuah pasukan Formula 1.

Pit Garaj pasukan Williams musnah dalam kebakaran selepas perlumbaan

Williams F1 Team Pit Garage | © Getty Images

Kemenangan Pastor Maldonado untuk pasukan Williams F1 dibayangi dengan kebakaran serius yang berlaku sejurus selepas sesi bergambar pasukan berkenaan ketika meraikan kemenangan pertama pasukan terbabit selepas 8 tahun. Kebakaran berkenaan berpunca dari letupan unit KERS dari jentera yang dipandu Pastor Maldonado. Percikan api kemudian menyambar tempat simpanan minyak pasukan Williams dan mengakibatkan keseluruhan pit garaj pasukan Williams diselubungi asap hitam tebal.

Read the rest of this entry »